ads one

Tuesday, August 20, 2013

Preparation 3 : Buy Ticket Online

Assalamualaikum dan salam sayang buat follower dan readers semua,


Bersiaran kembali...belum habis lagi story preparation ke Aussie tu..sila jangan bosan ye..

Ahaaaa, semua orang dah tahu kan, sedikit masa lagi JM akan terobang ke Australia. Yer ini adalah kali kedua JM ke sana coz last time JM ke Perth then tahun ni akan merasai keseronokan di Gold Coast dan Sydney pulak.

Sebut sahaja GC (Gold Coast) mesti terbayang di fikiran beberapa theme park dan tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti Sea World, Warner Bros Movie World, Dream World, White Water World, Wet n Wild Water World, Currumbin Wildlife Park, Cruise Sightseeing, AquaDuck dan Skypoint Observation Deck.

Semua orang tahu nak masuk ke semua attraction place ni perlu ada tiket harga tiket agak mahal mencecah puluhan AUD dan kalau di tukar kepada Ringgit Malaysia boleh mencecah ratusan ringgit. Jadi bagi mengurangkan kos tiket adalah lebih baik beli tiket online secara pakej/combo pass. Apakah kebaikan beli tiket secara online ni?..aha..sudah tentu harga tiket lebih murah dan tidak perlu beratur panjang di kaunter dan JM nasihatkan agar ikut cara ni ye.

Hari ni JM nak kongsi dengan semua kat mana boleh dapatkan harga tiket yang lebih murah dan beli secara pakej. Dalam itirenary plan kami akan ke Currumbin Wildlife Park dan juga nak naik Cruise menyusuri Nerang River untuk menikmati keindahan GC town pada waktu malam. Jika beli tiket secara berasingan agak mahal. Sebagai contoh harga Currumbin Wildlife Park entrance fee AUD49 (Adult) dan AUD33 (children from age 4-14 years old). Boleh refer di url ini http://www.cws.org.au/getcloser/tickets_and_bookings/general_admission. Agak mahal bukan , jadi why not guna kemudahan yang ada untuk mendapat tiket yang lebih murah. Bagaimana caranya :

1. Pergi ke website experience OZ
2. Kalau nak lagi mudah, klik sahaja pada link http://www.experienceoz.com.au/gold-coast/attractions
3. Terdapat pelbagai pakej yang di tawarkan dan sebgai contoh Currumbin Wildlife Sanctuary from AUD33
Laman Web Expeience OZ
Melalui website ini juga JM telah mendapatkan tiket yang merangkumi Gold Coast Sightseeing Cruise dan Currumbin Wildlife Sanctuary Package dengan harga AUD49.95..murah bukan..boleh naik cruise dan juga tengok kanggaro. Selepas bayaran di buat, satu voucher dan bukti pembelian akan di hantar melalui email dan cetak voucher tersebut dan bawak bersama ketika ke Australia nanti.
Example of Ticket Voucher
Terdapat satu lagi website yang menawarkan harga tiket secara combo untuk masuk ke Theme Park seperti gambar di bawah. Sebagai contoh harga tiket untuk 3 theme park (Movie World, Sea World dan Wet n Wild Water World) adalah AUD89.99. Boleh juga dapatkan maklumat pakej yang ditawarkan di url ini http://goldcoast.godo.com.au/experience-theme-parks-activities-in-gold-coast
http://goldcoast.godo.com.au
Theme Park Ticket buy through http://goldcoast.godo.com.au
Kepada yang tidak berminat dengan pakej combo yang di tawarkan, tidak perlu gundah gulana. Pernah dengar tak Myfun.com...aha..kat sana pun boleh beli tiket secara berasingan dan pakej. Layari lawan web myfun.com.au . Pakej yang di tawarkan juga agak menarik so pilihan di tangan masing-masing dan buat lah pilihan secara bijak..okeyyyy..
myFun.com.au
Ini adalah info yang JM dapat ye dan kepada kawan-kawan di luar sana sekiranya terdapat info lain untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah dari ini boleh kongsi ye. Tinggalkan sahaja di ruangan komen di bawah dan boleh di jadikan rujukan kepada kawan-kawan yang lain.

Ada lagi next entry....last preparation....

No comments:

Post a Comment