ads one

Sunday, October 20, 2013

From GC to Sydney, NSW : Sydney Opera House & Harbour Bridge

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Kenapa lah sejak akhir-akhir ni JM agak kemalasan nak update blog...TAPI rajin sangat baca blog kengkawan. Percutian ke Sydney sebulan sudah berlalu, tapi story belum bermula lagi. Aduhai..JM..JM..kalau lah malas nak makan kan bagus..boleh kuruskan sikit berat badan kan..ini tidak....kalau bab makan rajin je.....

Oleh kerana masih dalam MOOD malas, so di pendek kan cerita moh ikut JM...ke mana kami pada hari pertama di Sydney. Last entry JM story akan ketibaan di sini kan, so hari ni nak story aktiviti pada hari kedua pulak.

Seperti biasa bangun seawal pagi, selepas solat teruskan sediakan sarapan pagi. Ye lah...dah disediakan kitchen, rice cooker pun dah ada...kita masak dulu. Apa menu kami pagi ni...meh tengok.

Nasi putih dan sambal ikan bilis brahim's..pedulikan rupa pinggan tu..kalau masuk master chef ni mesti fail


Selesai makan, JM pergi ke balkoni untuk lihat view kat luar.. sekali nampak bangunan Market City...so terdetik lah dalam hati..wahhhh ini sudah cukup baik..dekat dengan pasar basah..boleh beli barang-barang dapur untuk masak nanti.

Market City - View from balcony
View Sydney City from balcony
Apabila semua dah ready..jom kita gerak ke destinasi pertama hari ini..ke mana lagi kalau bukan ke Circular Quay di mana terletaknya Sydney Operasa House dan Harbour Bridge tu. Turun sahaja ke lobi hotel..minta pada receptionist Sydney City Map..kat atas map tu terdapat information detail about attraction place and location serta no bas yang boleh di naiki...mudah bukan. Pagi tu cuaca agak sejuk..haruslah JM menerai winter coat yang baru di beli di Target Cold Coast tu..merah pun merah lah...dari jauh dah nampak kelibat JM kan..arghh..pedulik semua tu heee....

Receptionist counter Breakfree On George
Sebenarnya terdapat 2 entrance ke hotel ni tau..kalau keluar ikut entrance pertama seperti gambar di bawah tu....belok ke kanan jalan terus je ke hadapan untuk laluan ke Central Station. Jika belok ke kiri untuk ke bus top ke Circular Quay...memang JM suka lokasi hotel ni amat strategik.

Entrance pertama - keluar ikut tangga tu
Jika keluar ikut entrance kedua seperti gambar di bawah...bersebelahan Market City dan China Town....kiranya keluar je dari entrance tu terus nampak bangunan Market City tu..dekat yak amat you oulsss..memang enjoy..TAPI biasalah..kalau lokasi menarik tengah-tengah bandar ni harga bilik pun agak mahal lah kan.

Breakfree On George Entrance ke -2 , View pada waktu malam
Okey...hari ni kami nak ke Circular Quay tapi sebelum tu perlu beli dulu MyMulti3 pass seperti kad touch n go tu yang akan digunakan untuk naik public transport kat Sydney termasuk bus, ferry dan train tapi tidak termasuk Airport Train dan Free Shuttle Bus hokey. Kenapa perlu MyMulti3 ni?..kat mana nak beli?..berapa harganya? selain pass tu ada yang lain ke tak?..mesti semua ada tertanya-tanya kan..Okeh..meh sini JM tolong explain. Tapi sebelum tu nak tengok tak rupa MyMulti3 ni...

MyMulti3 weekly pass
MyMulti - One ticket can cover all your travel requirements in and around Sydney.
Features:-
• Unlimited travel on public and private buses and Sydney Ferries services
• Unlimited travel in the relevant CityRail zone
• Options include Central Coast, Blue Mountains, the Hunter and the Illawarra regions
• No limit on how many times you may change modes
• Caps your weekly travel costs

Terdapat beberapa jenis MyMulti ticket pass...so boleh pilih yang mana bersesuaian dan kami memilih MyMulti3 dengan harga AUD61 valid for one week. Kiranya boleh guna sebanyak yang mungkin dan memang berbaloi.

List of MyMuti type
MyMulti tiket boleh di beli di Airport, Train Station atau kedai serbaneka seperti 7-eleven camtu. Pagi tu kami keluar ikut entrance yang pertama, belok arah ke kanan dan jalan terus ke hadapan, betul-betul di T - Junction ada kedai serbaneka dan kami beli MyMulti3 kat sana. Dari T- Junction tu akan nampak Market City sebelah kanan..wahh...menarik ni..tak sabar nak sopping menyoping kat sana nanti.

Inilah Market City dari T - Junction tu..nampak warna hijau tu..rupanya..kat situ Paady's Market
Kita tinggalkan dulu cerita berkenaan Market City tu sebab pagi ni kami akan ke Sydney Opera House so bagaimana nak ke sana dari George Street ni..aha..tak perlu risau meh JM bagi direction kerana kalau nak ke sana boleh naik bas atau train. Kalau nak nak train boleh follow direction ni.

Train to Circular Quay from Central Station :
1. Kalau menginap di Breakfree on George, senang sahaja..keluar dari entrance 1 hotel gerak arah ke kanan jalan terus ke hadapan melintasi beberapa kedai. Tak jauh jalan nya dalam 5 -10 min je bergantung kepada kadar lenggangan.
2. Jika menginap area Geroge Street, pastikan cari sign hotel seperti di bawah
3. Jalan sehingga jumpa Backpacker 790 On George sebelah kiri, terus cross jalan
4. Kemudian jalan terus ke hadapan melalui Sydney Central YHA
5. Jalan terus lagi sehingga jumpa Central Station.
6. Naik train dari Central Station and stop at Circular Quay Station..pastikan masuk platform yang betul sbb Cental Station ni besar dan luas. Boleh guna MyMulti tiket tu

Boleh lihat gambar dibawah untuk lebih jelas.

Sebelah kiri jalan akan nampak hotel ni..so cross arah ke hotel ni
Kemudian jalan terus ke hadapan melalui Sydney Central YHA
Jalan terus lagi..dari jauh akan nampak Clock Tower ni
Aha...kat sini lah Central Station tu
TAPI kami tak naik train sebab dari Breakfree On George Hotel berdekatan dengan bus stop..so kami decide nak naik bas je..balik nanti baru naik train. Ayuh..kalau nak naik bas pulak :

1. Keluar dari entrance 1 hotel tadi..belok arah ke kiri
2. Jalan terus ke hadapan dalam beberapa meter dah sampai bus stop
3. Naik bus no 423 - Circular Quay, berapa tambang mmg JM tak tahu coz just slot in je MyMulti pass ke  dalam mesin..terus gerak
4. Bus akan final stop di Circular Quay..so tak perlu risau

Mari kita layan dulu aksi-aksi wajib kami tu....

View sekitar Cicular Quay Railway Station
Circular Quay Station
Kalau di lihat dalam gambar kat atas tu..nampak tak arrow ferry...aha..kat sini terdapat beberapa Wharf dari 2 - 6 dan ke destinasi berbeza..so tak perlu risau..setiap Wharf terdapat information yang detail..so pilih je mana-mana destinasi yang hendak dituju.

Wharf 2 - The Manly Esplanade, Taronga Zoo
Wharf 3 - The Manly Esplanade
Wharf 4 - Kirribilli, North Sydney, Neutral Bay,Kurraba Point (line Merah)
Wharf 5 - Luna Park, Darling Harbour          

Jalan je depan Wharf ni untuk ke Sydney Opera House...seperti sign dalam gambar di bawah
Antara kapal-kapal yang berlabuh di Circular Quay
Cuaca pada hari ini amat cantik sekali...nyaman..udara sejuk...langit cerah....wah bahagia betul. Jangan tak tahu dek kerana cuaca nyaman walaupun jam 12.00 tengahari dan ramai sekali orang-orang berjogging..kalau kat msia..waktu macam tu nak berjogging mesti orang akan anggap tidak siuman kan.

Follow je sign ni
Dari jauh dah nampak Harbour Bridge
Yeay..dah sampai di MERCU tanda Sydney tuuuuu
Kami memang kagum dengan architect dan design Sydney Opera House..memang cantik dan unik...Sebelum ni asyik baca blog kawan-kawan yang pernah jejak kaki ke sini....so sekarang giliran JM pulak....alhamdulillah....kepada kawan-kawan di luar sana yang belum pernah sampai ke sini..sila..sila...memang best. Jangan bosan ye..coz byk betul gambar nak di kongsi kat sini.

View sekitar Syney Opera House dan Harbour Bridge
TIBA-TIBA JM terpandang gelagat salah seorang pakcik kat sini...agak-agak korang apa yang dia sedang buat tu...

Nampak tak..gigih benar dia kan...
Nak tahu apa yang buat...rupanya dia sedang membersihkan tahi-tahi burung kat situ..nampak tak warna-warna putih yang melekat tu...Inilah rupa burung tu..

Nakal tau burung ni...syuh..syuhh...epg berak jauh-jauh..kesian pak cik tu
Dari sini kami terus ke Royal Botanic Garden...apa yang menarik kat sana perlu tunggu next entry ye..rasa dah panjang sangat entry kali..walaupun penuh dengan gambar je sebenarnya...

Royal Botanic Garden
Apa yang menarik kat sini..TO BE COntinueeeeeeeeee

No comments:

Post a Comment