ads one

Sunday, October 6, 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Sea World Theme Park

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


Ohh yeayy....yeayy...dah masuk bulan Oktober tapi story bercanda di Gold Coast belum sampai ke penghujung dan banyak lagi ingin di kongsi, kepada reader di luar sana jangan bosan untuk terus bersama menemani JM yer..Macam mana JM nak tahu korang terus setia dengan blog JM ni...oh yerr..sudah semestinya melalui komen-komen yang ditinggalkan. Sayang semua..muaahhhhh!!!

Okeehh...let's start...Pada hari ke 4, 27/08/2013 (Selasa) seawal pagi kami jalan-jalan di sekitar Surfers Paradise Beach tu, so pagi ni berseluar tracksuit dan berkasut selipar yang baru di beli, bersantai di tepi pantai sambil berjalan tanpa kasut untuk merasai kehalusan pasir pantai yang putih bersih tu. Semalam dah datang tapi masih belum puas so continue hari ni. Sebelum ni asyik baca dari blog-blog kawan-kawan yang lain dan sekarang giliran JM pulak jejak kaki ke sini Alhamdulillah.

Suasana di Surfers Paradise

Menikmati angin laut dan pasir yang halus
JM jatuh hati dengan pantai dan langit yang cantik tu
Mari kita skodeng..siapa mereka ni
Aha..ada sesiapa kenal ke..siapa mereka ni...
Hoyee..we are here..nampak tak kasut baru beli ..made form China tapi ada tulisan Australia 
Dah puas menikmati keindahan di tepi pantai..jom balik mandi kita ke Sea World pulak
World Theme Park - Animal Adventures

Selesai aktiviti di tepi pantai, balik sediakan sarapan dan bakinya kami bawak sebagai bekalan di Sea World nanti. Let's go kita ke Sea World Theme Park. Seperti biasa kalau nak ke sana perlu tunggu bas di depan Apple Park seperti mana nak ke Dream dan Movie World. Korang boleh follow direction ni kalau menginap di hotel sekitar Surfers Paradise lah ye. Pastikan naik Bus No 750 dan tambang bas adalah AUD3.08.

Kalau nak ke Dream World Bus No TX2
Sea World Bus No 750
Yeay..dah sampai
Dari kejauhan dah nampak pintu masuk utama
Dah sampai haruslah tinggalkan jejak..kalau tak cam ada yang tak kena je hikss..nampak tak paper bag tu..penuh dengan bekalan
Ticket counter
Sampai sahaja kami tak tak perlu beratur beli tiket kerana dah beli tiket online secara pakej (Movie World, Sea World dan Wild & Wet World). Boleh rujuk kat entry Ticket Online . Cetakan bukti pembelian tu bagi je pada staff yang berbaju biru tu, pastu dia scan dan boleh masuk..pantas..dan pastikan ambil Park Map dan Show time schedule di pintu masuk sebelah kanan tu.

Opening Hours : 09.30am - 5.30pm
General Admission : AUD84.99
 Sea World Attractions : U can click HERE for more info

Animal :
1. Seal Harbour
2. Dinosour Island
3. Dolphin Cove
4. Penguin Encounter
5. Shark Bay
6. Polar Bear Shores
7. Penguin Point
8. Ray Reef
9. Seabird Rehab

Rides :
1. Storm Coaster
2. Castaway Bay
3. Jet Rescue
4. Sea Viper
5. Viking Revenge Flum
6. Beach Break Bay
7. Sea World Monorail
8. Sea World Resort Waterpark
9. Sky High Skyway

Kan betul..banyak aktiviti menarik kat sini dan rugi kalau datang Gold Coast pastu skip tak nak pergi Sea World terutama kepada parent yang bawak anak-anak tu. Cakap banyak pun tak best jugak..moh ikut JM kita explore kawasan sekeliling. Kami sampai dalam jam 11.30am dan show pertama adalah Spongebob ParadePants jam 12.15pm so sebelum show bermula kita jalan-jalan dulu.

Penguin Encounter - Get lost in your very own slice of Antarctica in this beautiful frozen exhibit, home to the second largest species of Penguin in the world, the King Penguin as well as the lively Gentoo penguins. Encounter these incredible birds up close in their icy wonderland as they dive in and out of the crystal clear water. You’ll see their playful nature on the snow through the topside viewing area, and their elegant underwater flight through the stunning underwater viewing window.

Comei betul..cam nak bawak balik buat bantal peluk
Kemudian kami ke Sea World Monorail - Sit back and relax as you take a trip around Sea World on Australia’s very first monorail system and enjoy a 2 kilometre scenic tour through the park. This is the perfect way to navigate your way to the next attraction, show or exhibit with an elevated view of the park, and is also a great way to get to Sea World if you’re staying at Sea World Resort, with direct internal access between the resort and the park.

Tapi tak naik pun sebab dah biasa naik kat Msia kan..takkan datang jejauh nak naik tu hehehe..kelakar pulak. JM memang puji betul dengan pihak pengurusan theme park ni kerana kepada Muslim Tourist tak perlu risau berkenaan tempat solat kerana kat bawah stesen monorel tu ada SURAU seperti gambar kat bawah.

Kat bawah stesen ni sebelah kiri ada SURAU
Inilah Monorail System tu
Surau
Dari sini kami ke Dinosour Island - Step back in time more than 65 million years and into a new interactive dinosaur attraction taking visitors on a journey into the prehistoric world. Including a stunning indoor display, a full sized skeleton and real dinosaur fossils along with an outdoor forest featuring 14 amazing life-size dinosaurs.

Jalan menyeberangi jambatan ini untuk ke Dinosour Island
Budak-budak suka lah tempat ni..kami just cuci2 mata je
Dinosaur Discovery Centre
Jalan terus ke hadapan akan nampak  - Dolphin Cove is a large natural sandy bottom lagoon system for dolphins and features the stunning show pool, as well as two other large lagoons. This wonderful area is home to our delightful Offshore Bottlenose Dolphins, and often houses baby dolphins in the nursery area. The 8m deep show pool is where the amazing ‘Imagine’ dolphin show takes place daily, and after the morning show, guests can take a walk through Dolphin Cove and discover the inquisitive and friendly nature of our beautiful dolphins. 

Dolphin Bay
Suka tengok aksi-aksi Dolphin ni
Selepas dah tengok ikan Dolphin tu kami terus ke pentas utama untuk melihat SpongeBob ParadePants jam 12.15pm yang terletak betul-betul di pintu masuk utama theme park tu. Kalau korang nak tahu, bersebelahan kedai makan dan souviner sebelum ke tandas di sediakan locker untuk simpan barang. 

Suka tgk kanak-kanak dari  Australia ni
Patah balik untuk ke pentas utama
Locker yang disediakan
Persembahan ni biasa-biasa je dan amat sesuai untuk kanak-kanak
Persembahan lebih kurang 30minit tu lebih kepada perarakan kereta comel dan aksi kejar mengejar antara spongebob dan Patrick, bagi JM persembahan ni biasa-biasa je kalau tak tengok pun tak rugi tapi kepada yang bawak anak-anak memang amat sesuai untuk mereka. Selesai persembahan kami bercadang untuk naik RIDES yang sediakan antaranya JetRescue...sampai je ....patah hati..nak tahu sebabnya :

Jet Rescue entrance

Semua rides close for today..frust jugak..kalau tak boleh menjerit kat atas tu heee. Bertabahlan kerana entry kali banyak gambar. Tiada cerita menarik untuk di kongsi. Let's ikut JM kita ke Polar Bear Shores is the only exhibit in Australia where you can see the world's largest land carnivore up close, and one that provides a unique educational experience that assists, through a wider public awareness, the conservation effort of this perfectly adapted marine mammal.

Polar Bear Shores
Selepas tengok Pola Bear yang malas nak gerak tu..asyik tido je, kami ambil keputusan untuk tengok persembahan Jet Stunt Exreme jam 1.30pm. Dari Pola Bear Shores ni terus gerak ke Sky High Skyway untuk turun ke pentas persembahan utama..malas nak jalan kaki turun kerbawah yang terletak bersebelahan Spongbob 3D entrance. Kami malas nak tengok 3D ni coz dah biasa lagipun lagi beberap minit show dah nak bermula..so let's go..

Spongebob 3D
Sky High Skyway
Oleh kerana belum sempat sampai ke pentas utama, persembahan telah bermula so kami dapat lihat dari dari  Skyway. Show ni memang menarik dan rugi kalau tak tengok.

Jet Stunt Extreme Show
Dalam jam 2.00 petang kami ambil keputusan untuk balik ke Suerfers Paradise, dah malas nak jalan -jalan lagi tapi sebelum tu singgah sekejap di Souviner shop di pintu keluar..kat sini JM habis AUD60 beli T-Shirt dan Sweater Sea World sebagai kenangan.

Souviner Shop Sea World
Sampai di Surfers Paradise jam 3.15 petang, so kami jalan-jalan kawasan sekitar untuk shopping termasuk lah souviner dan banyak kedai TAPI perlu survey dulu kerana harga setiap kedai adalah berbeza. Antara kedai yang kami masuk adalah Suprem kedai pakaian untuk wanita..memang sale time tu..murah betul..banyak pasang jugak JM borog dan habiskan AUD40 kat sini.

Kedai ni kami tak masuk
Balik hotel selepas maghrib keluar lagi mencari souviner untuk kawan-kawan di Msia. Nasihat JM kalau korang ke Gold Coast pastu dari sini akan ke Sydney, tak perlu beli FM yang tulis Australia banyak-banyak kat sini sebab boleh dapat lagi murah di Paddy's Market Sydney. 

Info : Jika sekiranya baki Go Card berkurang boleh Top Up/Add Value di kedai 7 Eleven

Cost for today :
1. Bus ticket return : AUD6.16
2. Souviner : AUD10
3. T-Shit & blouse : AUD106.65

Total cost : AUD122.81

End of day 4

No comments:

Post a Comment