ads one

Sunday, December 29, 2013

Bersuka ria di USS : Actual Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman,


Almost two week JM tak publish new entry...nak tahu kenapa?

Di samping rutin kerja harian, terdapat pelbagai hal dan masalah yang perlu di selesaikan...pada masa yang sama JM demam selesema...hari ni pun kepala masing pusing-pusing, hidung masih berair dan suara masih serak-serak basah....tapi tangan ni tetap menari-nari atas keyboard kerana ramai rakan pembaca setia dan new reader menunggu-nunggu entri baru sebelum kedatangan tahun baru 2014.

Fikiran masih kosong tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ni...buntu sekejap..dulu selang 3-4 hari mesti ada je entri baru tapi sekarang hujung-hujung tahun mood makin merudum...alahh..Cik JM..I tahu kenapa u malas nak menulis...dah tak ada tempat travel yang u pergi kan..so tak ada yang nak di kongsi tul tak (ini suara hati yang satu lagi)...wit..wit..cam ada split personality pula kan..ahahah...sudah...sudah moh kita tembali ke alam nyata...

Dek kerana JM lama tak publish entry baru dan dek kerana ramai feminat tertanya-tanya, request dan sabar menunggu entri baru (habislah lepas dorang baca ni) JM kena kutuk..hahahha...ramai peminat lah sgt...maka tercipta lah satu entry yang terakhir untuk tahun 2013.

Tak ada idea nak menulis katanya...sekali intro pun dah panjang lebar kan..


Pada 18 November 2013 adalah tarikh JM bersama ibu, adik bongsu dan seorang rakan travel ke USS dengan menaiki bas dari Tune Hotel. Kenapa bas menjadi pilihan?...CEPAT, MUDAH DAN SENANG...nak tahu perlu baca entri ni sehingga ayat terakhir hee....

Pada jam 7.15 pagi kami turun ke lobi, masuk 7-eleven sekejap mencari makanan seperti roti, air kotak, dan mineral sebagai bekalan untuk sarapan pagi dalam bas nanti.

Lebih kurang jam 7.30 pagi terdapat 3 buah bas sedang parking di pintu masuk ke Tune Hotel dan masing-masing beratur menunggu giliran untuk menaiki bas. Sebelum itu Roslina (person in charge) akan berikan setiap seorang sekeping Imigresen Card untuk di lengkapkan dan di serahkan semasa tiba di Imegresen Singapore nanti. Tak ramai penumpang ketika itu lebih kurang 20 orang je dalam sebuah bas

Bus to USS from Tune Hotel
Apabila naik je bas, FREE SEAT..so pilih je tempat duduk mengikut selera masing - masing. Sebelum bas bergerak, Roslina akan memberi sedikit briefing supaya semua berjalan lancar dan antara pesanan beliau adalah:

1. Isi imigresen kad dengan lengkap beserta No Bus
2. Pastikan passport di bawa bersama dan belum tamat tempoh
3. Make sure balik dari USS naik bas yang sama dan pastikan ingat No Bus
4. Bas akan berhenti di Imigresen Malaysia, semua penumpang perlu turun dari bas dan  untuk semak passport dan selesai urusan di Imigresen, naik semula bas yang sama. Bas akan menunggu di pintu keluar
5. Bas agak bergerak terus ke Imigresen Singapore dan bas akan berhenti sekali lagi untuk menurunkan penumpang bagi tujuan Cop Passport dan bawa bersama barang-barang persendirian.
6. Selesai urusan cop passport, bas akan terus bergerak ke Universal Studio Singapore, Sentosa Island so duduk diam-diam kat dalam bas tu.
7. Bas akan berhenti di basement parking USS dan beliau akan mengingatkan waktu bertolak balik ke Msia.
8. Dari basement terus naik escalator untuk ke USS

Ini lah bas yang kami naik - JPD 7076
Bas terus bergerak dan melepasi sempadan Johor - Singapore dah akhirnya lebih kurang jam 9.30 pagi kami tiba di tempat yang di tuju. Hoyeee...hati mula berbunga-bunga seperti kanak-kanak riang eheheheh.

Dari basement tu..naik je Escalator untuk ke USS..gambar gegar..ahaha...
Opening time : 10.00 am - 07.00 pm, so haruslah bergambar dulu kat tempat WAJIB ni...kalau tak bergambar kat sini seperti makan nasi tanpa lauk...gitewww

Ramai betul orang kat depan Globe ni...
Ambil lah dulu sekeping - ini adalah adik JM yang bongsu ..korang nk tahu ni adik JM yang ke - 9
With my mum
Nampak tak...setiap sudut kat globe ni ada orang...so sabar je menunggu...sementara tu adik JM nak ke bilik air..nasib baik JM dah sediakan botol mineral kosong..ye lah..ini Singapore bukan Malaysia..bila masuk je tandas, makcik - makcik kat dalam tu semua dah bising....kenapa tak ada paip..macam mana mau buang ni..makcik!!!..ini Singapore hokey (ckp dalam hati je)....

Bila selesai lepaskan hajat, cepat-cepat ambil gambar depan Globe bila nampak agak kosong di situ....rupanya masing-masing dah beratur nak masuk ke dalam USS...bergambar dulu.......

Welcome to Universal Studio Singapore
Jom kita beratur, keluarkan tiket yang telah di cetak di atas kertas A4 seperti yang JM maklumkan dalam entri sebelum ini dan kepada mereka yang datang bersama anak-anak tak perlu risau bawak bersama bekalan makan dan simpan dalam backpack korang..in shaa Allah selamat kerana mereka tidak check/selongkar beg yang di bawak masuk. PERINGATAN : jangan lupa untuk ambil Studio Guide/Map dan Show timetable di pintu masuk supaya tidak terlepas show yang di adakan.

USS Studio Guide
Ini lah ahli jemaah tu
Korang perasan tak dalam map tu ada beberapa seksyen, so kawan travel pesan kalau ko ke USS, pastikan naik Transformers Ride dulu coz ride tu antara yang paling menarik dan best berbanding ride yang lain dan perlu cepat kerana biasanya ramai orang. So kami pun terus gegas ke sana.

TRANSFORMERs The Ride : The Ultimate 3D Battle (dengar pun dah menarik kan)
Join Optimus Prime and the AUTOBOTS as you become a freedom fighter in the ultimate 3D Battle againts the forces of evils.

Transformers Ride - the ultimate 3D battle
Sampai sahaja kami terus beratur, ibu JM tinggal kat luar coz ride ni tidak sesuai untuk beliau, nasib kami baik kerana tak perlu tunggu lama dah sampai turn. Perlu pakai spek 3D dan terus arghhhh, weeeee, wahhhhhh...terus menjerit-jerit keseronokan kat dalam tu. Ride ini yang SANGAT BEST dan membuatkan JM dan adik naik ride ni 2 kali..ulang suara....dua kali kami naik...bila dah naik ride ni yang lain-lain tu biasa-biasa je.

Hajat di hati nak naik Battestar GALACTICA tapi tidak beroperasi..dulu JM datang tahun 2010 pun still sama je...adakah under construction.

Battlestar Galactica
 

Kemudian try naik Accelerator - test your intergalactic stamina on this whirling twirling atttraction. Sekali naik...hahahah...tak mencabar langsung...tapi amat sesuai untuk kanak-kanak

Accelerator
Let's go kita ke Ancient Egypt untuk naik ride Revenge of the Mummy - ride ni agak mencabar kepada mereka yang tidak biasa naik roller coaster atau jenis yang gayat, lemah jantung dan asma di larang naik kerana ia agak extreme. Sebelum naik pastikan simpan semua barang yang di bawa di dalam locker yang disediakan dan oleh kerana ibu JM tak naik, maka beliau jagi mangsa untuk menjaga beg-beg kami...heeee

Kepada mereka yang tak naik ride tu boleh bergambar kat luar 
Berhadapan dengan Revenge of the Mummy ada ride Treasure Hunter - Young explorers scan drive their own desert jeep through an abondoned Egyptian  Excavation site. Oleh kerana ibu JM belum mencuba lagi ride yang ada ada, so JM ajak lah try naik ride ni..hheheheeh...kelakar pun ada...ride yang paling bosan..penat je menunggu turn tapi dek kerana nak kasi ibu JM merasa keseronokan tu..bertabah je la..

View dari ride Tresure Hunter
Treasure Hunter ride - view di sekitar
Te Lost World - kat sini banyak attraction antaranya :

Jurassic Park Rapids Adventure  - Enjoy a thrilling river raft ride through primeval dinosaur habitats where you will get wet and possibly soaked. Ride ni agak menarik tapi pastikan bawa bersama raincoat kerana nanti akan basah...

Canopy Flyer - Enjoy a prehistoric bird's - eye view as you soar over Jurassic Park

Dino - Soarin : Children can pilot their own Pteranodon, soaring up into the clear blue sky or down into the cooling shadows

Amber Rock Climb - Scale the walls of The Lost World to explore precious stones and fossilised insects

Water World - Witness death - defying stunts, awesome explosions and thrills at this sensational 'live' water show

Jurassic Park - banyak ride yang menarik kat sini
Water World Show - jangan lepaslkan show ni kerana agak menarik dan melucukan
Selepas selesai show ni kami mula gerak mencari lokasi surau kerana jam sudah pukul 2.30 petang. Nak tahu lokasi surau tu..senang aje..terletak bersebelahan Revenge of the Mummy dan Sci-fi City seperti gambar di bawah. Pastikan bawa telekung sendiri bagi perempuan ye.

Lokasi surau - boleh rujuk dalam Studio guide Map
Kepada muslim tak perlu risau kerana terdapat berberapa kedai makanan HALAL dan gift shop di sediakan, ini jugak boleh rujuk dalam map.

Antara kedai makan dan gift shop
Moh ikut JM kita ke Far Far Away untuk lihat Show Shrek 4-D Adventure, Donkey Live dan seterusnya ke seksyen Madagascar, Hollywood dan New York untuk melihat show Light, Camera Action!

Far far Away - Shrek 4D show yang menghiburkan
Musical show ni jugak agak menarik
Oleh kerana JM sibuk nak tengok Musical show yang bermula pada jam 6.10 petang, JM terlepas dengan sesi Character meet dan Greet pada jam 6.30 petang...frust tul kalau tak boleh bergambar dengan Autobots, people of earth, Shrek happily ever after dan pelbagai karektor lagi.

Nampak tak seharian kami di sini kalau tak percaya cuba lihat gambar globe di bawah. Jam 6.45 petang kami gerak naik bas yang sedang menunggu di basement parking dan sebaik sahaja naik bas semua terlelap tido keletihan.

View pada waktu malam
Trip kali ni JM hanya tukar duit 50SGD sahaja dan tiada aktiviti membeli sobiner dan juga gift kerana pernah ke sini sebelum ini..bye...bye..USS....

Kepada mereka yang pertama kali ke taman tema seperti ini mesti agak mengujakan..tapi dek kerana JM pernah ke sini untuk kali ke dua dan juga pernah Movie World - Gold Coast, Everland - Seoul dan Ocean Park & Disneyland- Hong Kong makan JM boleh bagi 2 bintang (seperti juri Maha Raja Lawak kan).

Esok 19 Nov 2013 check - out, minta receptionist call teksi untuk hantar ke Senai Airport jam 12.00 tgh terus fly balik ke Kuala Lumpur...habis sudah story bersuka ria di Singapore..jumpa lagi dalam entri yang akan datang pada tahun 2014

Wasalam...

No comments:

Post a Comment