ads one

Tuesday, December 31, 2013

Happy New Year : 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



"Selamat Tahun Baru 2014"



Hari pertama tahun baru ni kawan-kawan ke mana?...JM lepak je kat rumah kerana rumah ku syurga ku ahaha...alasan je tu...sebenarnya JM ni tak suka sangat bersosial TAPI kalau ada member ajak keluar ON je.

Walau di mana sahaja kawan-kawan berada JM nasihatkan sentiasa berhati-hati dan enjoy your life. Hidup hanya datang sekali jadi penuhi lah dengan perkara-perkara yang di redhai Allah agar kita selamat di dunia dan di akhirat...tiba-tiba je kan heee.

Ramai rakan ofis JM ambil cuti sehingga 05 Jan 2014 kerana menguruskan persekolahan anak-anak dan sunyi sepi je opis pada waktu ni. Bagi yang bujang datang kerja seperti biasa tetapi ada juga yang ambil peluang cuti tersepit ni untuk pergi melancong. Sebut pasal melancong, mesti ramai rakan travel JM dah ada schedule yang padat untuk tahun ni kan...alaahh..kata orang..JM pun sama kan ehehhehe

Meh JM bagi 'hint' sikit...semua tempat yang JM akan pegi ni kebanyakan semua rakan travel dah pergi ke sana..so sekarang turn JM pulak...it's not about destination BUT it's about journey kan..setiap orang akan mengalami pengalaman travel yang berlainan walaupun destinasi yang sama. Semoga Allah panjangkan umur dan permudahkan segala urusan agar JM sampai ke destinasi impian ni Aminnn. Kita hanya merancang Allah yang tentukan sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah.

Semua gambar adalah ihsan dari google.com

Januari 2014

Destinasi 1
Destinasi ke -2

Februari 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2

Mac - April 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2
Destinasi - 3
Destinasi - 4

September 2014

Journey for 16 days

Oktober 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2
JM pasti ramai yang dah tahu lokasi yang JM maksudkan ini dan ia bukan lagi RAHSIA...semoga semua berjalan lancar seperti di rancang...Amin...Kepada kawan-kawan travel di luar sana teruslah mengembara kerana dengan cara itu kita boleh melihat kebesaran Allah.

Ayat yang sentiasa bermain di minda JM "Jika kita permudahkan urusan orang lain..Allah akan permudahkan urusan kita..Amin"

Akhir kalam bukan niat JM nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar perkongsian info dan maklumat....kepada pembaca setia blog JM..keep on reading and i love u guys..kepada follower baru..thanks all..

Jumpa lagi byeeeeeee

No comments:

Post a Comment